Rabu, 14 Agustus 2019

Ramai ‘Cair’ Wanita Cantik Hijab Asal Indonesia Jadi Anggota Polis PBB

Ramai ‘Cair’ Wanita Cantik Hijab Asal Indonesia Jadi Anggota Polis PBB

Viral di beberapa laman media sosial apabila seorang wanita berhijab dari Indonesia merupakan salah seorang anggota polis Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Malah lebih menarik perhatian ramai wanita yang bernama Hikma Nursya ini mempunyai raut wajah yang cantik dan ayu seperti seorang pelakon filem!

Berusia 25 tahun dan berasal dari Yogjakarta, Hikma kini sedang bertugas sejak bulan Jun lalu di bawah PBB yang berkapalan di Bangui, Afrika.

Memiliki pengikut seramai 65 ribu di laman Instagram menjadikan beliau lebih dikenali ramai dan beliau juga sering berkongsikan gambar ketika bertugas.

Bukan itu sahaja, dengan mempunyai wajah yang cantik sebegini dan pekerjaan yang sangat mencabar boleh memberikan inspirasi buat wanita di luar sana supaya berani dalam mencuba sesuatu yang baru bukan?


Bukan calang-calang polis, Hikma juga berkemahiran menggunakan senjata api.

Beliau turut berkongsikan video dimana beliau sedang menjalani latihan penggunaan senjata api di Instagramnya.

Walaupun bertugas sebagai polis PBB, Hikma juga tidak ketinggalan untuk menjaga dan menatarias diri seperti wanita lain.


Apa yang dapat lihat, beliau turut menjaga kulit dan wajah supaya selalu kelihatan “presentable”.

Walaupun tampil gagah dalam uniform, Hikma juga masih kelihatan sopan dan manis ketika bertugas. Source freemalaysiatoday.com